Wednesday, August 5, 2009

Selawat Mencegah Wabak

Maksudnya: Ya Allah, kurniakanlah sholawat ke atas Junjungan Sayyidina Muhammad dan atas keluarga baginda; Sholawat yang Engkau tolakkan (hindarkan) daripada kami dengan keberkatannya akan segala serangan penyakit dan wabak penyakit. Wahai Tuhan yang urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu memadai Dia berfirman "Jadi" maka jadilah ia (tamsil bagi kehebatan dan kekuasaanNya yang mutlak).

Sejak petang semalam, Muiz demam panas. Abinya kerap baca ayat Manzil (ayat Syifa' atau penawar) serta Munjiyat iaitu ayat-ayat penyelamat dari berbagai kesusahan dan kesulitan. Tie pulak terjumpa selawat ini, dan terus menghafalnya.
Alhamdulillah, tengahari ni Muiz dah 'kebah' sikit demamnya selepas makan ubat klinik pagi tadi. Semoga berkat Selawat Junjungan Besar, Nabi Muhammad saw kita dijauhi daripada wabak penyakit yang ditakuti dan segala bencana di dunia dan akhirat... Sama-samalah kita mengamalkan Selawat dan ayat-ayat Manzil ni..

2 comments: