Monday, August 3, 2009

Lagi Gambar Di Rumah Nenek

Kenangan Bersama... (Alaah...Kak Ana yang dah memang kecik
bertambah kecik sebab duduk belakang Tie lah ..)

Dadih ni nampak je tak menarik, warnanya kelabu... tapi rasanya sedaaaappp..
( Along nak rasa ke? marilah datang sini.. Ada sikit lagi tau..)

Baby Azim yang semakin comel

Faiz, macambiasalah... suka sorang diri, pegang flower

Sejak dua minggu ni, Tie dengan anak-anak asyik berulang ke rumah neneknya aje. Bukannya apa, sejak baby Azim tu lahir, ramailah adik beradik Tie yang balik untuk tengok Azim yang iras muka Abang Muiz tu. Acu nya yang cuti hari Jumaat, Sabtu pun ada balik. Tapi, malam Ahad tu dah kena balik Terengganu. (Orang kerja hari Ahad kan.. nak buat macam mana.) Izzah pun ambil kesempatan tidur di rumah neneknya lah.. Seronoklah dia... Ummi nya lah teruk, sampai berulang-alik untuk jemput dia balik.

Petang Sabtu tu, Kak Ita (mak de) ada balik. Lagipun dia nak ke IJN K.Lumpur untuk buat rawatan Abang Ro. Anak-anak nya tinggal dengan neneklah dalam 2-3 hari. Kesian kat Zahideen yang kena tinggal. (Macammana agaknya ye, kena operate ke tak, harap-harap semuanya selamat. InsyaAllah).

Yin (mak tam) pulak kesian dengan ma, kena jaga cucu ramai-ramai. Jadi, dia nak ke rumah mak mertua dia di Pulapah. Kesian juga pada Yin yang baru 15 hari bersalin tu dah kena berangkut ke tempat lain pulak. Tapi nak buat macam mana, kesian juga pada neneknya yang tak berapa daya menjaga cucunya yang hero-hero belaka tu. Tak pe lah, minggu depan balik semula kat rumah nenek ya... Mesti berubah lagi muka si Azim yang semakin comel tu. (eh.. baru perasan, berapa banyak perkataan 'kesian' kat atas tu.. Dah memang betul pun.. kesian bermakna simpati..)

Kak Ana (mak long) dan familynya pun singgah sekejap sebelum ke KLIUC tengok Yaya yang demam sikit tu..( Harap-harap cepat sembuh ya.. ) Tie ada buat dadih MixFruit hari tu untuk makan ramai-ramai. Kira berjasalah sampai ke KL lagi... ( Macammana, ok ke sampai sana ? Tak lembik ke? Jagung dah tinggal sikit. Sorrylah tak dapat nak kirim..)

Ok lah stop dulu, Muiz nak main games pulak...

1 comment: