Friday, June 26, 2009

Kisah Faiz dengan DVD Iqra'nya


Faiz kembali ceria, walaupun bibirnya masih membengkak....









Malam Khamis lepas, nasib tidak baik telah menimpa Faiz. Faiz terjatuh semasa dia sedang asyik menonton VCD kegemarannya. Sambil menonton tu, dia akan mengikut apa yang di percakapkan dalam video atau cerita tu.. (Tapi sebut perkataan yang hujung aje lah) Tiba-tiba, entah macam mana, kakinya tersampuk pada karpet lalu terjatuh.

Tie yang sedang mengajar abang Muiz nya mengaji, terhenti dan terkejut melihat bibir Faiz berdarah banyak.. Panik sangat waktu tu.. Abinya tak ada, dia ke masjid. Baju Faiz yang berwarna putih telah bercampur darah, bila disapu ubat, bertambah kuatlah dia menangis. Waktu tu, Allah saja lah yang tahu, perasaan Tie pada waktu tu. Kasihan pada dia dan bercampur panik.. Muiz pulak suruh telefon abinya supaya cepat balik. (Manalah bawa telefon ke masjid..) Tak pelah .. sikit je ni, (Tie nak menenangkan perasaan) Alhamdulillah, lepas dapat susu, Faiz pun berhenti menangis..

Setelah sehari berlalu, Faiz bertambah ceria walaupun bibirnya luka dan membengkak.
Sekali lagi Tie bersyukur sangat, walaupun bibirnya luka, dia tetap berselera untuk makan dan minum. Alhamdulillah, ini hanya ujian yang kecil daripada Allah...

Tie sempat merakam gelagat Faiz sambil menonton VCD Iqra'. Insyaallah sedikit masa lagi, dia akan hafal banyak perkataan dan huruf daripada VCD tu. Bila diberi buku Iqra' suruh dia mengaji, kadang-kadang dia akan sebut perkataan yang dalam DVD Iqra'nya tu.
Hari ni bibir Faiz dah beransur baik, tapi masih bengkak sikit.. Alhamdullilah..


No comments:

Post a Comment