Saturday, June 13, 2009

Ke Perpustakaan...










































Hari Jumaat lepas, pergi ke perpustakaan. Nak pulang buku yang dipinjam awal cuti sekolah dulu... Oleh sebab minat punya pasal, Izzah dan Muiz nak pinjam buku lain pulak. Tak pelah, asalkan benda tu memberi faedah.

Cerita pasal minat membaca ni, budak berdua tu, lain-lain citarasanya. Izzah minat buku cerita yang panjang-panjang (macam novel kanak2lah), lagi satu, Tie suruh dia banyakkan baca buku cerita dalam tulisan jawi dan Bahasa Inggeris. Ok lah dia ikut je..

Muiz pulak minat buku Sains dan Kehidupan serta Ensiklopedia Muslim. Eloklah.. nak jadi saintis kot ? Setiap kali datang ke perpustakaan, buku macam tulah yang dicarinya. Minat tengok gambar planet, robot, roket, angkasawan dan yang berkaitan dengannya.
Faiz pulak biasalah.... Alphabet, Number, First Word dan Animal. Sambil tengok buku, susunya tak boleh lepas.. Macam ragam minat, budak bertiga ni..

Lepas ni Tie nak stop sekejap apload gambar dalam blog ni. Dah tak cukup space dan makin slow komputer ni.. Abinya pun dah gaduh sebab ummi ni banyak sangat masukkan gambar.

Akhir sekali buat Izzah dan Muiz, Selamat Bersekolah Kembali.. dan belajar rajin-rajin..

No comments:

Post a Comment