Thursday, April 2, 2009

Terapi Speech dan Pemulihan Carakerja

         Semalam, bawa si Faiz berjumpa pakar terapi speech di Hospital Temerloh untuk menguji tahap penguasaannya dalam pertuturan. Masuk je dalam bilik tu, dia dah menangis. Selepas diberi toy dan main buih sabun barulah senyap. Tak ada apalah cuma puan tu tanya beberapa soalan dan menyuruh Faiz membuat sesuatu dengan cara bermain sambil mengikut arahannya. Tapi Faiz ni susah nak ikut arahan orang. Lepas tu dia jadi 'hyperaktif' dan buat ikut suka dia je. Lagi satu kalau dah jumpa sesuatu benda yang dia suka tu, susahlah nak dilepaskan sampai menangislah.... Itulah masalahnya, kalau nak buat terapi pertuturan ni, kena budak yang tahu duduk diam dan mengikut arahan. Jadi, puan tu suruh bawa pula si Faiz ke Unit Pemulihan Carakerja. Di situ dapat melatih kanak-kanak tu mengikut arahan dan berdisiplin serta teratur. Jadi, terapi speech tu ditangguhkan dulu. 
              Pagi tadi terus bawa Faiz ke Jabatan Unit Pemulihan Carakerja. Hari ni dia seronok, siap boleh gelak lagi dengan cikgu tu. Mungkin sebab waktu pagi dan dia masih segar lagi. Suasana dalam bilik tu juga sesuai untuk kanak-kanak seperti nya, banyak peralatan permainan dan menguji minda. Buku ABC dan Number dia pun ada bawak sekali. Mula-mula ni, nak kenal tahap kemampuan dia dulu, dan biar dia rapat dengan cikgu tu. Bila dia dah rapat dengan cikgu, barulah cikgu tu dapat duduk berdua dengan dia je dan melatih carakerja dengan cara mengikut arahan dan berdisiplin. Dua minggu lagi pergi semula....
              Habis dah cerita hari ni, Isnin depan bawa Faiz jumpa pakar telinga nak uji tahap pendengarannya pulak. Insyaallah semuanya okey..

Gambar-gambar ni diambil di Playground Hospital semasa menunggu giliran. Nasib baik tak lama, sebab sebelah petang orang tak ramai..





                                         Tengoklah Faiz tu, sampai naik atas meja.

1 comment:

  1. Anak saya pun bakal ke rehab... masih takut nak jalan, umur dah 2tahun. moga lepas ni okla hendaknya ;)

    ReplyDelete