Saturday, April 18, 2009

Pemulihan Carakerja 2

Hari ni Tie nak cerita tentang Faiz yang berjumpa cikgunya (panggilan kepada puan yang melatihnya) di Unit Pemulihan Carakerja di Hospital Temerloh hari Khamis lepas. Semasa sampai tu, dia terus berjalan menuju ke bilik yang penuh dengan pelbagai permainan tu. Dia dah tahu, sebab dua minggu lepas dah pernah datang. Terus ambil dua biji bola yang dia suka. Tapi, dia ingat datang ke situ, untuk bermain je.. tapi sebenarnya untuk melatih dia carakerja yang berdisiplin dan mengikut arahan cikgu.
Kali ni, cikgu tu bawa Faiz ke bilik lain yang tak banyak permainan dan kecil pulak biliknya. Cuma ada beberapa peralatan pembelajaran yang digunakan untuk melatih Faiz. Tie, abang dan kakaknya tunggu di luar bilik tersebut. Faiz pun apalagi... menangislah.. sebab dia sorang diri dengan cikgu tu. Tapi masih boleh dikawal lagilah (menangis perlahan je).
Sebenarnya, cikgu tu kata dia nak mengajar Faiz duduk diam walaupun sekejap serta mengikut arahan dan buat kerja yang disuruh. Contoh kerjanya tu, mencabut satu alat dari lubangnya dan meletakkan semula ke tempatnya.
Pada mulanya dia tak nak duduk, tapi setelah diambil bola yang dipegangnya, dan cikgu tu kata, kalau nak kan bola tu, Faiz kena buat kerja yang cikgu suruh. Mulanya dia merengek juga, tapi setelah teringatkan bola tadi, dia pun nak duduk diam walaupun sekejap dalam 3 atau 4 minit dan buat kerja yang disuruh cikgu tadi walaupun sikit. Selepas dah buat kerja yang disuruh tu, dapatlah semula bola tadi. Tapi, mungkin sebab teringat yang dia sorang (umminya tak ada) dalam bilik tu, dia menangis semula dengan kuat. Kali ni, tak terkawal dah dan cikgu tu bagilah dia keluar..Cikgunya cakap, Faiz ni kira ok lah nak juga duduk diam walaupun sekejap. Budak yang tak boleh kawal langsung dan tak nak ikut arahan pun ada..
Lepas tu, kami dibawa ke bilik yang banyak lampu berwarna-warni, dan cantik. Katanya bilik tu untuk menenangkan diri (bilik stimulasi). Tapi Faiz dah tak tenang dah, dia masih menangis dan takut pulak masuk ke dalam bilik yang kami rasa cantik tu. Last-last, kami pun keluar dari bilik tu, dan pergi ke bilik yang banyak permainan tadi. Bila kat bilik tu, dia seronok pulak. Cikgu tu kata, lain kali dia akan menggunakan permainan untuk mengajarnya.. Tunggu 2 minggu lagi, cara macammana pulak untuk mengajarnya nanti..

No comments:

Post a Comment